Pakej Jogja 3 Hari 2 Malam

Cuti Hujung Minggu Jogja

Tiga hari yang ringkas tetapi lengkap untuk first timer. Nikmati suasana Kota Jogja, pengembaraan Jeep Merapi, kemegahan Borobudur dan pengalaman VW klasik menyusuri desa sebelum kembali ke YIA.

3 Hari 2 Malam Lawatan Persendirian 1 hingga 12 Orang
Harga Bermula Rp2.716.000 seorang untuk 7 hingga 12 orang tanpa hotel
Semak Harga Pakej →
Pakej Jogja 3 hari 2 malam Merapi Borobudur dan VW Safari
Cuti Hujung Minggu Jogja Malioboro, Merapi, Borobudur dan VW Safari Desa Bermula dari YIA dan berakhir kembali di YIA
Tempoh 3 Hari 2 Malam
Tetamu 1 hingga 12 Orang
Penginapan Tanpa Hotel hingga 5 Bintang
Gaya Perjalanan Kota, Adventure dan Heritage
Laluan Pakej 3 Hari di Jogja YIA ke YIA
Mula YIA Jemputan
Hentian 1 Kota Jogja Hari Pertama
Hentian 2 Malioboro Malam Jogja
Hari 2 Merapi Jeep Lava Tour
Bermalam Kota Jogja Rehat dan Acara Bebas
Hari 3 Borobudur Warisan Dunia
Hentian 3 VW Safari Desa Borobudur
Tamat YIA Penghantaran
Itinerari 3 Hari 2 Malam

Tiga Hari, Tiga Suasana Jogja

Hari pertama dibuat santai untuk menikmati kota. Hari kedua untuk pengembaraan Merapi. Hari terakhir ditutup dengan Borobudur dan suasana desa sebelum perjalanan kembali ke YIA.

Hari Pertama Tiba di Jogja & Malam di Malioboro
01
Ketibaan

Jemputan YIA dan Menuju Kota Jogja

Setibanya di Yogyakarta International Airport, anda akan dijemput oleh team kami dan dibawa menuju Kota Jogja. Hari pertama dibuat lebih santai supaya anda boleh berehat selepas penerbangan.

Airport Pick Up Pengangkutan Persendirian Kota Jogja
02
Malam di Jogja

Malioboro

Selepas daftar masuk hotel dan berehat, nikmati waktu bebas di Malioboro. Anda boleh berjalan santai, mencari batik dan cenderamata, mencuba makanan tempatan atau sekadar menikmati suasana malam Jogja.

Malioboro Belanja Kuliner Free Time
03
Waktu Berehat

Kembali ke Hotel

Selepas menikmati Malioboro, anda dihantar kembali ke hotel untuk berehat dan mempersiapkan perjalanan ke kawasan Merapi pada hari berikutnya.

Hotel Jogja Waktu Rehat
Hari Kedua Adventure Merapi
04
Pengembaraan

Jeep Lava Tour Merapi

Selepas sarapan pagi, perjalanan dimulakan menuju kawasan lereng Gunung Merapi. Naiki jeep dan jelajahi laluan bekas letusan, kawasan perkampungan dan beberapa spot popular di kaki gunung.

Jeep Merapi Panorama Gunung Adventure
05
Petang Santai

Kembali ke Kota Jogja dan Acara Bebas

Selepas aktiviti Merapi, masa disediakan untuk makan tengah hari dan berehat sebelum kembali ke kota. Petang dan malam boleh digunakan untuk kuliner, shopping tambahan atau menikmati hotel.

Kota Jogja Acara Bebas Waktu Santai
Hari Ketiga Borobudur & VW Safari Desa
06
Warisan Dunia

Candi Borobudur

Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, perjalanan diteruskan menuju Borobudur. Terokai kawasan candi, nikmati seni bina yang mengagumkan dan abadikan gambar dengan panorama Borobudur sebagai latar.

Borobudur Warisan Fotografi
07
Desa Jawa

VW Safari Desa Borobudur

Selepas lawatan candi, naiki VW klasik dan jelajah desa sekitar Borobudur. Nikmati suasana sawah, jalan kampung dan kehidupan masyarakat tempatan. Laluan juga boleh melalui aktiviti atau UMKM yang tersedia.

VW Klasik Desa Borobudur Pengalaman Lokal
08
Selesai

Penghantaran ke YIA

Selepas selesai menikmati kawasan Borobudur, perjalanan diteruskan menuju YIA mengikut jadual penerbangan. Tiga hari selesai dengan kombinasi kota, Merapi, Borobudur dan pengalaman desa Jawa.

YIA Airport Drop Off Trip Selesai
Sudah Termasuk

Keperluan Utama Perjalanan

Pengangkutan mengikut jumlah tetamu Pemandu merangkap pengiring perjalanan Guide HPI untuk kumpulan 7 orang ke atas Air mineral 600 ml Hotel mengikut kategori pilihan Tiket masuk tempat lawatan Jeep Lava Tour Merapi VW Safari Desa Borobudur Parkir Caj kawasan dan retribusi
Tidak Termasuk

Perbelanjaan Lain

Makan sepanjang perjalanan Tip Guide untuk kumpulan 7 orang ke atas
Harga Kanak Kanak

Umur 0 hingga 1 tahun percuma. Umur 2 hingga 5 tahun dikenakan 50% daripada harga pakej. Umur lebih 5 tahun menggunakan harga dewasa.

Catatan Harga

Harga berlaku untuk pelancong asing pada musim biasa. Harga musim puncak, cuti panjang dan tarikh tertentu akan mengikuti harga semasa.

Cuti Hujung Minggu Jogja

Tiga Hari Sudah Cukup untuk Jatuh Cinta dengan Jogja

Hantar tarikh perjalanan, jumlah tetamu dan jadual penerbangan. Kami akan membantu menyusun perjalanan tiga hari yang kemas, santai dan tetap penuh pengalaman.

Semak Pakej Ini →